[Aff.D] Day 3-7

Projek Affilliate Domination menghadapi beberapa masalah untuk setup blog. Disebabkan itu, saya terpaksa berjumpa dengan pakar Wordpress dari www.Catzer.com. Kami melepak di satu sudut restoran Pak Li’s Kopitiam di Ole-Ole Mall Seksyen 18, Shah Alam. Nasib baiklah tak tersesat, dapat juga berjumpa dengan Ole-Ole Shah Alam ni..hoho…

success-principles

Alhamdulillah segalanya selesai bila Catzer berjaya menolong saya menyiapkan blog tersebut. Kami sempat menyembang hingga berjam-jam lamanya di kopitiam tersebut sambil mencicip air kedondong masam manis yang sangat best. Tambah pula dengan Nasi Ayam Lemon, benar-benar mengujakan!

Anyway, thanks to Catzer sebab dapat meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya. Ada beberapa cadangan menarik yang telah kami bincangkan dan akan saya aplikasikan selepas ini, Insya-Allah. Harapan saya mudah-mudahan ia dapat berjalan seperti yang dirancang.

Seventh day, selang sehari kemudian saya berjumpa dengan Damien di Old Town White Coffee seperti yang ditetapkan. Dia juga tidak dapat membuat seperti yang dirancang disebabkan oleh beberapa masalah dengan pihak hosting. Damien menolong saya menghasilkan satu theme blog yang senang untuk diubahsuai menjadi sebuah ministe ringkas dengan menggunakan Artisteer.

Saya meletakkan beberapa plugin penting untuk blog tersebut dan berjaya menyiapkan satu sticky post di muka hadapan blog supaya ia kelihatan seperti sebuah minisite. Ada beberapa perubahan yang perlu dibuat yang bertujuan untuk menarik visitor selepas ini. Hmm..panjang lagi perjalanan projek ini nampaknya..huhu…

Damien mencadangkan saya agar menggunakan plugin autoblog yang juga berfungsi sebagai article sniper di ruang belakang blog supaya ia lebih mudah diindex oleh pihak Google. Saya sedang mempertimbangkannya, okey ke tak eh? Apa kata jika awak kongsikan cadangan kreatif untuk saya lakukan ujikaji ke atas niche tersebut di sini? Mana tahu jika ujikaji tersebut berjaya kan?

Selamat berkongsi!

Category: Affiliate Domination | Tags: , , , , , , , , 10 comments »

10 Responses to “[Aff.D] Day 3-7”

  1. wanwma

    Salah satu cara berkesan yg saya gunakan ialah dengan membina sebuah fan page di facebook. Gunakan nama yg mmpunyai dot com dibelakangnya. ia amat mudah mendapat perhatian pak cik google.

    sebagai conth,jika laman web baru kakeru namanya kakerucomel.com, buat la fan page dgn nama yg sama iaitu kakerucomel.com!

    [Reply]

    iqone_dinie Reply:

    Salam kakeru…erm..nampak macam ade projek baru je nie..so..da publish ke blum tue?

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Salam Wan,
    Thanks coz sharing idea mengenai fanpage tu. Blog buku saya dah lama tak update, next time kena letak la camnih..huhu.. Blog ini, wait n see..huhu… Tapi blog kakerucomel.com masih takde lagi. Hmm, Wan ada charity club tak? Boleh bagi domain tu kat saya nanti..ngeh3x ;)

    Salam iqone_dinie,
    Projek di sebalik tabir tu in progress setakat ini, tak dapat nak expose lagi la..huhu… Satu lagi projek yang Catzer cadangkan adalah seperti di atas. Comey tak adik Blogger Kid tu? hoho… ;)

    [Reply]

    wanwma Reply:

    seyakat ni tak tubuh lagi charity club, tapi ok jugak cadangan kakeru tu..hehehe

    wanwma Reply:

    bukan seyakat tp setakat (salah eja la pulok!)

    kakeru Reply:

    Lepas ni boleh buat satu charity club camtu Wan..haha ;)

  2. catzer

    wei..wei..ckp nak lukis muke aku..hahahahah..tunggu ni.. :P

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Takper Catzer. Klu rasa2nya tak dapat nak lukis muka awak, paste je la t kartun tu je nanti..mwahaha.. ;)

    [Reply]

  3. titan

    ohh..gi tak ajak pun.. hehe..kat mana nak download theme blog ni ek? berminat plak..

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Oh, nak join sekali eh? Next time jumpa Catzer lagi buleh la join :)

    p/s: Tak ingat lak download theme ni kat mana. Klu nak, saya send kat emel, how?

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top