[Aff.D] Day 1

Saya mulakan hari untuk melakukan kerja seperti yang dirancang. Tugasan hari ini ialah membuat keyword research untuk niche yang telah saya ada. Nampaknya, niche saya merupakan salah satu niche yang telah dicadangkan di dalam ebook Howie, Voyeur2 – Niche Research. So, saya telah berada right on track.

ninja-assassin-poster

Kerja seterusnya ialah pergi ke Google Tool External dan meletakkan laman web produk yang saya ingin promosikan. Di situ, saya berjaya mendapatkan beberapa jenis keywords longtail yang telah dicadangkan oleh Pakcik Google secara percuma. Namun, adakah keywords tersebut benar-benar berbaloi untuk saya gunakan?

Then, kerja seterusnya ialah menggunakan teknik yang saya dapati daripada Keywords Assasin, produk yang dikeluarkan oleh Aurora Ice (forumer WangCyber.com). Teknik yang bagus ini berjaya menunjukkan kedudukan keywords yang telah saya cari, sama ada ia merupakan keywords yang sepatutnya kita gunakan atau tidak.

keywords-research

Hasilnya adalah seperi jadual di atas. Namun, masih ada beberapa item lagi yang mesti disiapkan hari ini, huhu.. Okay, itu sahaja update untuk kali ini. Semoga komen-komen anda dapat memberikan sedikit-sebanyak support untuk saya terus menjayakan projek Affiliate Domination ini. Terima kasih!

Category: Affiliate Domination | Tags: , , , , Comment »


Leave a Reply



Back to top