About

Saya ir.kakeru dari PJS1. Sebelum ini pernah menetap di PD. Setelah  suka hati menjadi seorang nomad, maka inilah hasilnya…tercampak di bumi PJS1, setelah penat bertukar  alamat sebanyak 5 kali dalam masa 4 tahun, oh! Juga seorang blogger yang teringin nak berkongsi cerita atau apa-apa sahaja yang difikirkan sesuai untuk blog ini.

Kerana terlalu kagum dan minat pada TOA (The One Academy), maka berdikit-dikit mula mengorak langkah ke arah bidang yang diminati sejak azali walaupun hasrat untuk ke TOA tidak kesampaian. Sangat terpengaruh dengan stroke anime Detective Conan dan juga watak Sherlock Holmes yang hebat. Sering dipergunakan oleh kanak-kanak sebaya untuk melukis Doraemon suatu ketika dulu..huhu…

Hasilnya, terlahirlah seorang insan yang suka berimaginasi ke langit tinggi, daydreaming dan berimpian. Impian sewaktu kecil, ingin punya rumah mewah yang lengkap dengan perpustakan. Impian besar, ingin menjadi someone. Impian masa lalu, nak ke oversea jumpa Rich Dad…ahah.

Inspired by Abdul Rahman ‘Auf, Irfan Khairi, Chef Li, SaifulNang, Robert T. Kiyosaki, Adam Khoo, Jeffery Tang, T.Harv Eker, Jack Canfield and so on. Sudah semakin kurang membaca buku sebab terlalu asyik dengan internet. Kena mulakan kembali kempen baca buku lagi nampaknya, OMG..!

Ok, kenal lebih lanjut di sini, di sini dan di sini. Boleh juga dihubungi di ruangan contact blog ini. Terima kasih ke blog ini dan hingga berjumpa lagi!