Archive for February 2010


Kamu Jangan Give-Up!

February 9th, 2010 — 9:34am

Jumaat minggu lepas saya terpaksa berjumpa seseorang atas urusan kerja yang bertempat di Cheras. Saya terpaksa berhadapan lagi dengan laluan yang membuatkan saya serik untuk melaluinya, bulatan Kg Pandan. Pengalaman beberapa kali tersesat ketika pergi ke sana memang meletihkan – kaki sakit, kena topup minyak lagi, bil telefon pun bertambah..huhu…

success-principles2

Namun, saya terpaksa menempuhinya juga, oh! Dan perkara yang sama juga berlaku untuk kali ini. Tersesat dan terpaksa membaca Google Map sambil memandu (Amaran: jangan tiru ya, kena saman kang tak pasal), ho la! Saya tersesat banyak kali dan berpusing-pusing di laluan yang sama beberapa kali, mana la tak rasa macam nak sakit jiwa jer..ai ai…

Sampai satu tahap yang takleh blah, saya menelefon rakan baik saya, mengadu nasib..huhu… Tapi segalanya berubah bila tiba-tiba berlaku kemalangan antara 2 buah motorsikal dan satu jeep. Agak menakutkan juga walaupun tidak kelihatan rembesan darah-darah di sana-sini. Bunyi seretan motorsikal di atas jalan tu sahaja sudah cukup membuatkan saya seriau.

Continue reading »

19 comments » | Life Story

[Aff.D] Day 3-7

February 7th, 2010 — 1:32am

Projek Affilliate Domination menghadapi beberapa masalah untuk setup blog. Disebabkan itu, saya terpaksa berjumpa dengan pakar Wordpress dari www.Catzer.com. Kami melepak di satu sudut restoran Pak Li’s Kopitiam di Ole-Ole Mall Seksyen 18, Shah Alam. Nasib baiklah tak tersesat, dapat juga berjumpa dengan Ole-Ole Shah Alam ni..hoho…

success-principles

Alhamdulillah segalanya selesai bila Catzer berjaya menolong saya menyiapkan blog tersebut. Kami sempat menyembang hingga berjam-jam lamanya di kopitiam tersebut sambil mencicip air kedondong masam manis yang sangat best. Tambah pula dengan Nasi Ayam Lemon, benar-benar mengujakan!

Anyway, thanks to Catzer sebab dapat meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya. Ada beberapa cadangan menarik yang telah kami bincangkan dan akan saya aplikasikan selepas ini, Insya-Allah. Harapan saya mudah-mudahan ia dapat berjalan seperti yang dirancang.

Continue reading »

10 comments » | Affiliate Domination

Back to top