October 25th, 2009 — 9:16am
Kata orang, guru yang terbaik ialah pengalaman. Anda seorang yang bijak jika belajar daripada pengalaman sendiri, tapi anda lebih hebat jika belajar daripada pengalaman orang lain. Jika anda seorang yang mahu mengenali beberapa perkara asas dalam bidang Adsense, saya cadangkan ebook ini buat untuk anda tatap dan baca sepenuh hati.

Mengapa agaknya? Sebab saya rasa ada beberapa point penting di sini sebelum anda memulakan projek Adsense anda. Apa yang pasti, beberapa point penting yang dinyatakan di sini pastinya akan membantu anda mengelakkan daripada melakukan beberapa perkara yang menyebabkan akaun anda di’ban’ oleh pihak Google.
Ebook ini sebenarnya adalah hasil daripada pengalaman penulis sendiri, saudara Zamlan Shamsuddin a.k.a Lanchini. Kisah ini ialah kisah jatuh bangun seorang Adsense player dalam usaha nak menjadi seorang penggiat Adsense yang berjaya. Ia memang sesuai untuk semua lebih-lebih lagi jika anda seorang newbie yang masih samar-samar dengan program menjana wang melalui Adsense.
Continue reading »
9 comments » | Ebook Review
October 17th, 2009 — 12:47am
Salam sejahtera semua, harap anda semua sihat-sihat dan ceria-ceria selalu. Sekarang saya memang agak sibuk menyiapkan beberapa projek. So, memang payah betul nak ambil masa untuk update blog ini..huhu…
Mengenai ebook saya, sekarang baru 50% sahaja yang dapat disiapkan sebelum saya menerima beberapa tempahan design. Uhh..tiada lagi update terbaru nampaknya. Namun, Insya-Allah saya akan hasilkan sesuatu yang terbaik. Tambah lagi ada penulis jemputan yang tak kurang hebatnya dalam dunia IM, nantikanlah kemunculannya ya!
Terdapat beberapa tempahan design yang mesti saya siapkan seawal mungkin. Semalam baru selesai menyiapkan satu tempahan design, peminat warna biru mungkin. So, inilah antara hasil terbaru yang telah siap, boleh klik untuk lihat imej penuh.

Pengumuman terakhir, sila baca baik-baik ya:
Continue reading »
20 comments » | News
October 6th, 2009 — 7:30am
Sambungan entry Cashflow Game (Part 1)…
Ok, benda-benda lain yang turut mewarnai kehidupan bulanan kamu yang lain seperti peluang selain daripada doodads. Peluang ni terbahagi kepada dua, small deal atau big deal. Kalau kamu berpeluang untuk membeli stock, apa kata kamu berstrategi untuk menambah pendapatan dengan membelinya sedikit untuk masa hadapan. Jika berpeluang untuk buat big deal seperti membeli rumah, lakukan segera!

Jangan sampai hilang langsung peluang yang ada, namun masih perlu berstrategi. Game ini seperti menekankan konsep beli stock, ada luck dapatlah kita merasa peratus tambahan kenaikan harga stock. Tapi Pakcik Warren Buffet kata, kalau tak tahu jangan buat. So, semestinya dia tak bergantung pada luck semata-mata di dunia realiti sebenar kita kan?
Lain-lain, aku diajar sebab mengapa kita mesti bersedekah kepada yang memerlukan. Konsep yang diketengahkan ialah, jika kamu bersedekah tentu pendapatan kamu akan bertambah dari sumber-sumber yang kamu tak tahu. Hurmm, serius hebat Rich Dad aku ni, dalam tak sedar dia ajar aku apa kelebihan sedekah seperti yang Islam ajarkan, WOW!
Continue reading »
8 comments » | Life Story