Special Report: Boleh Bantu Saya?

September 25, 2009 | 20 Comments

Saya sedang dalam proses menyiapkan ebook “Special Report: Bagaimana Menjana Wang dengan Amazon.com” ini. Ia tidaklah serumit yang disangka, cuma proses penghasilannya agak leceh. Doakan saya agar dapat menyiapkannya secepat mungkin ya kawan-kawan.

Beberapa item yang ingin saya bincangkan di dalam ebook tersebut adalah seperti dalam rajah di atas. Draf tersebut merupakan apa yang saya fikir dapat dikongsikan bersama setakat ini. Hanya satu bahagian yang telah dihasilkan sewaktu bercuti tempoh hari.

Buat rakan-rakan blogger dan para pembaca, ada beberapa benda yang ingin saya bangkitkan di sini. Pada pendapat anda:

Read more

Selamat Hari Raya 1430H

September 24, 2009 | Leave a Comment

Salam buat semua rakan-rakan blogger dan pembaca setia yang dihormati selalu. Selamat bertemu kembali di bulan Syawal yang mulia ini. Masih belum terlewat juga untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri buat semua muslimin dan muslimat.

Maaf zahir batin juga diucapkan atas segala salah silap saya sehingga kini. Mana tahu ada yang pernah terguris, terasa, tersinggung, tersakit hati, terbengang dan apa-apa ter sekalipun atas setiap khilaf yang telah saya lakukan, samada sengaja atau tak. Harap dimaafkan hendaknya.

Alhamdulillah, Syawal kali ini saya dapat pulang awal ke kampung. Sempat juga menganyam ketupat bersama abang sulung saya, tak seperti tahun-tahun sebelumnya. Malah sempat juga merasa air bah yang turun menderas tinggi hingga ke paras buku lali, oh!

Read more

Special Report: Bagaimana Menjana Wang dengan Amazon.com?

September 14, 2009 | 26 Comments

Salam Ramadhan dan salam sejahtera buat anda semua. Ada something yang ingin saya ceritakan buat semua pembaca blog ini. Apa dia eh? Saya pasti anda sudah pun membaca tajuk entry di atas. So, soalan saya:

  1. Adakah anda berminat dengan report tersebut (jika ada)?
  2. Mengapakah anda mahukannya (jika anda berminat)?
  3. Apakah elemen penting yang anda rasakan perlu ada di dalam report tersebut?
  4. Anda mahukan report yang bagaimana: ringkas atau padat? Teknikal atau sekadar bercerita?
  5. Adakah anda mahu tahu apakah kelebihan dan kekurangan hasil daripada kaedah yang digunakan?
  6. Adakah anda mahu tahu apakah kelebihan dan kekurangan menjadi affiliator di Amazon.com?
  7. Anda mahu tahu beberapa tips yang berkaitan dengan produk pilihan?
  8. Adakah berbaloi jika tiada bayaran langsung untuk report sebegini?
  9. Lain-lain (sekiranya ada)

Read more

Saat Berkali Aku Bangkit

September 11, 2009 | 12 Comments

Aku masih di sini, di sisi dunia ini. Menghadap layar putih yang seakan mahu kelam. Pandangku jauh, seakan mahu tembus menerobos alam sepi. Sunyi. Aneh sekali. Kelamnya mengingatkanku akan kisah itu.

Sedarku, pedih serasa lutut ini. Perih yang menghamburkan darah, merembes luka. Sakit yang amat. Namun tak sesakit tika aku mempertahankan dudukku. Tak sejerih kala payah kaki ini bertahan. Sakit yang amat bisa buatku terduduk kembali.

Aku kira aku sudah mampu bangun buat kesekian kali. Namun ia masih sama. Rembesan duka itu kembali. Merancak sepi. Kalut. Bejat. Kelam. Suram yang sepi seakan masih tak berlalu pergi. Tidak! Aku perlu berdiri kembali. Setidak-tidaknya biar sekali lagi.

Sekali lagi. Sekali lagi. Akanku laksanakan. Walau aku tahu itu payah, ia perit, biar ia masih tak berhasil. Aku usahakan. Sekali lagi. Bangkit. Bangkit. Aku perlu pergi, mengejar mimpi. Biar aku tak punya apa, janji harapan itu masih kekal ada.

Read more

Saya dan Ramadhan

September 11, 2009 | 6 Comments

Bagaimana ingin saya mulakan…kisah ini hasil lakaran pengalaman manis semasa bergelar kanak-kanak, tidak sedewasa ini.

Kisah 1:

Saya dan adik-beradik sejak dari dulu memang sering disakat oleh abang sulung dan abang kedua. Mereka memang cukup suka menyakat, hobi agaknya. Lagi-lagi bila tiba Ramadhan, ada-ada sahaja aktiviti yang dilakukan semata-mata nak mengkantoikan orang..haha…

Satu hari, adik saya keluar bermain-main di waktu petang diikuti dengan seorang adik lagi yang masih kecil dan tidak berpuasa. Biasanya kalau bermain waktu petang, mereka akan bermain-main di kawasan belukar yang berdekatan atau kawasan pokok-pokok yang merimbun.

Hobi kami kecil-kecil dulu ialah memanjat-manjat pokok-pokok di keliling rumah serta mengutip buah-buahan yang boleh dimakan. Ada ciku, kami petik dan peram. Ada jambu batu, kami makan. Ada cermai, kami petik, tumbuk dengan cili ditambah gula dan garam menjadi jeruk. Ada buah koko, kami nikmati isinya yang telah ranum dan memutih…hurmm, sedapnya…

Read more