August 29th, 2009 — 4:08am
Salam kembali buat semua dan selamat bertemu kembali. Ada berita baru yang ingin kusampaikan. Kamu tahu apa dia? Begini, sebenarnya aku telah menjadi salah seorang orang penting di blog ini. Aku dah naik pangkat menjadi co-author blog ini oleh tuan punya blog…hoho… Serius tahu?

Kalau tak percaya kamu boleh lihat siapakah penulis entry kali ini. Ada iras-iras nama aku tak di sana? Ahah…jangan tanya mengapa. Aku kira cik kakeru agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Dengar-dengar dia ada menerima tempahan design daripada Keith Ng, sifu designnya awal pagi tadi.
Oleh sebab itu, aku dengan rasa penuh tanggungjawab menjalankan tugasanku bermula hari ini. Lagipun aku lihat ada beberapa perkara yang telah menyebabkan cik kakeru diam bersahaja namun penuh emosi ketika ini.
Continue reading »
18 comments » | News
August 27th, 2009 — 1:26am
Salam semua. Di sini saya ingin melaporkan suatu kejadian berkaitan pemilik blog ini. Ini kisah benar, harap anda dapat meningkatkan kadar keaktifan penerimaan maklumat pada bebola mata dan fikiran anda. Sila baca dengan teliti:
KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2009 – Pemilik blog.readercircle.com sedang berjinak-jinak dalam dunia design. Walaupun boleh dikategorikan cukup makan sahaja gayanya (sedihnya oh…!), dia tetap ingin mendalami ilmu tersebut. Hasil didikan yang diterima daripada anak didik sifunya, Keith Ng (designer untuk market luar) beliau berjaya menghasilkan beberapa buah design.
Boleh lihat sampel di bawah sebagai contoh. Klik untuk lihat paparan penuh.

Continue reading »
22 comments » | News
August 21st, 2009 — 10:59am
Salam buat semua. Pada Jumaat yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang bakal bermula esok hari. Maaf zahir batin terlebih dahulu buat kawan-kawan yang ada, rakan-rakan blogger dan juga pembaca blog ini, harap segala salah dan silap saya dimaafkan.

Continue reading »
7 comments » | News
August 20th, 2009 — 6:42pm
Salam semua, harap anda semua sihat dan masih setia menanti kehadiran aku. Ahh, aku memang cukup busy sekarang (konon-kononnya…). Namun disebabkan permintaan ramai oleh pembaca sesetia kamu, aku terpaksa menampilkan semua diriku ini di blog yang disukai ramai ini…hoho…
Okey, disebabkan kisah aku yang telah termuat di blog ini mendapat permintaan ramai, akhirnya aku akan ceritakan lagi al-kisah tersebut dengan lebih lanjut. Mana tahu, kamu akan dapat sesuatu yang berguna untuk hidupmu…tentu bagus kan?

Baik, seperti yang aku katakan kisah ini bukanlah realiti kisah yang ada. Malah, tuan punya blog juga mengesahkan perkara sedemikian, hoho… Walaupun ia sebuah kisah suka duka kehidupan, namun ada seberapa perkara yang turut berkaitan dengan tuan blog ini. Uuppss, terlebih sudah. Tapi, janji padaku yang kamu takkan report kepada dia nanti ya! Aha, terima kasih!
Continue reading »
14 comments » | Life Story