Bina Bisnes, Bukan Sekadar Blog! (…Part 1)

January 31, 2009 | Leave a Comment

Kali ini saya ingin berkongsikan ilmu daripada ebook JohnCow.com dengan anda semua tentang blog. Saya rasa ramai pengunjung di sini yang tahu apa itu blog serta memiliki blog sendiri. Namun adakalanya kita terlepas pandang satu perkara penting ini.

Ya, selalunya bila kita berbincang mengenai blog, semua orang terfikir untuk menarik trafik daripada pelbagai sumber. Maka pelbagai kaedah giat dilancarkan oleh para blogger untuk menarik trafik ke blog mereka seperti menggunakan Google Adwords, meletakkan iklan di blog yang bertrafik tinggi, aplikasi video marketing dan lain-lain.

Read more

Majalah IM 9

January 21, 2009 | 2 Comments

Majalah IM kali ini memaparkan isu hartanah online yang rata-ratanya menceritakan kebaikan mengenai laman web flipping. Beberapa ketika sebelum ini saya juga tidak mengetahui apakah itu web flipping. Namun setelah rahsia mengenainya telah dibongkar oleh Alang, kini saya sudah faham.

Temuramah kali ini turut membincangkan hal yang sama, Mohamad Rosli Ahmad a.k.a. Bro Bob telah berkongsi cerita mengenai pengalaman beliau menghasilkan laman web sebegini. Beliau telah bergiat aktif dalam membina dan menjual laman web seperti ini sejak tahun 2007 lagi bermula dengan blogohblog.com beliau sendiri.

Read more

Hati Masih Di Sini

January 19, 2009 | 11 Comments

Salam buat semua,

me

Selamat Tahun Baru 2009 saya ucapkan. Walaupun sudah 19 hari berlalu, saya tetap tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkannya kepada anda semua.

Owh, nampaknya blog ini sudah kelihatan terlalu tua, mcm rumah tinggalan yang penuh sawang. Sampah sarap yang pelbagai rupa juga turut bertaburan tanpa saya sempat mengemaskannya. Maafkan saya Encik ReaderCircle.com. Jika awak ni seperti Frankenstein, tentu dah lama saya kena makan hidup-hidup…ohhh…

Jika anda masih ingat, saya sudah lama tidak meng’update’ blog ini sejak September 2008 yang lalu. Itu pun jika anda merupakan pembaca tetap blog ini. Hurmm…adakah blog ini mempunyai pembaca setia…? Atau hanya saya sahaja yang terperasaan..huhu… Tak tahu.

Banyak kisah telah berlalu, namun baru sekarang saya kembali bersemangat untuk meneruskannya semula. Atas beberapa rentetan peristiwa yang sudah pun menjadi sejarah, blog ini tidak terurus langsung tak seperti dahulu. Butiran tersebut adalah seperti berikut:

Read more