July 31st, 2008 — 3:01am

Robert T.Kiyosaki sering menceritakan pengalaman hidup beliau bersama rakan baiknya, Mike. Dikisahkan mereka berdua gagal dalam subjek Bahasa Inggeris sewaktu belajar di kolej.
Disebabkan kejadian tersebut, Robert dan Mike terpaksa memanjangkan sesi pembelajaran. Robert berasa tertekan dengan kejadian tersebut apatah lagi ayah beliau ialah salah seorang yang berpangkat tinggi di bahagian Kementerian Pendidikan.
Suatu hari, Robert dan Mike telah ditegur oleh Rich Dad (ayah Mike) ketika sedang duduk bercerita mengenai hal tersebut di pejabat Rich Dad.
Rich Dad menegur Robert dan Mike dengan menyatakan bahawa dia sudah letih mendengar rungutan mereka berdua, tidak puas hati terhadap hukuman yang dikenakan akibat gagal dalam subjek tersebut.
Continue reading »
10 comments » | Sticky Notes
July 29th, 2008 — 6:32am

Anda cukup suka untuk berniaga dan terlalu memikirkan produk anda. Tapi pernahkah anda berfikir sebegini…apakah yang anda mahukan jika anda adalah seorang pelanggan? Andaikan anda adalah seorang pelanggan, mahukah anda membeli apa yang anda sendiri tawarkan?
Adakah harga produk anda berpatutan? Pelanggan selalunya menyukai bonus, pernahkah anda mempraktikkannya? Jika anda mahukan hasil yang terbaik, berlaku jujurlah terhadap diri anda sendiri. Jangan cuba untuk menipu diri sendiri dalam menjawab soalan-soalan tersebut.
Anda mempunyai trafik yang tinggi, malangnya hanya 1% sahaja yang menjadi pelanggan anda…mengapa agaknya? Pernahkah anda menganalisa siapakah pelawat yang sering melawat laman web/ blog perniagaan anda? Jika belum, apa kata jika anda membuat sedikit kajian di http://www.google.com/analytics.
Anda perlu tahu dari manakah trafik anda datang, page manakah yang paling digemari dan keyword apakah yang paling kerap digunakan. Kemudian, bersedialah untuk melengkapkan laman web/ blog perniagaan anda dengan memenuhi beberapa kriteria yang dapat memuaskan hati pelanggan.
Jika blog anda menggunakan Cpanel, klik sahaja pada bahagian Awstats untuk mengetahui the hidden secrets about your blog. Then, jangan lupa untuk membuat sedikit perubahan untuk memperbaiki laman web anda.
*Buat Taukey: Saya dah cuba edit balik entry ni hari ni, ok nampaknya. Thank you!
7 comments » | Sticky Notes
July 27th, 2008 — 12:30pm
Pertama kali saya mendengar cerita mengenai Dr. Irfan Khairi yang berjaya dengan dunia internet, memang sangat mengujakan. Bermula dari kisah kejayaan beliau, saya mula membeli beberapa buah buku yang berkaitan dengan buat duit dengan internet.
Buku Dr. Irfan Khairi merupakan buku pertama membuka minda saya mengenai dunia internet marketing. Seterusnya, buku xifu-xifu yang lain turut mendominasi sebahagian almari buku saya. Buku Sen Ze juga adalah antara senarai buku terawal yang telah saya miliki untuk mendalami serba sedikit ilmu yang berkaitan.
Ilmu itu juga telah membawa saya ke satu preview seminar yang dianjurkan oleh xifu yang sangat saya hormati, Mr. Dechen Lau dari Power Success Marketing. Saya tahu, saya takkan pergi ke mana tanpa ilmu.
Saya mencabar diri sendiri untuk menghadiri kelas tersebut. Saya mempelajari pelbagai ilmu baru dengan bantuan xifu dan beberapa orang rakan-rakan lain. Walaupun tak semua benda saya dapat hadam dengan baik, saya tetap ingin meneruskan impian saya!
Langkah pertama saya bermula dengan sedikit. Nampaknya, masih terlalu banyak lagi benda yang mesti saya pelajari, fahami dan praktikkan. Harapan saya, semoga pengalaman ini membantu saya di masa akan datang.

Apa yang pasti, saya mesti menjayakan visi dan misi saya sehingga berjaya. No matter what..!!
18 comments » | Discussion
July 26th, 2008 — 1:46am

Saya nak berkongsi sedikit ilmu daripada sebuah buku yang ditulis oleh Stuart Tan, seorang internet marketer dari Singapura. Menurut buku yang bertajuk ‘Secrets of Internet Millionaire’, jika anda adalah seorang newbie yang baru berjinak-jinak dengan dunia internet, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah ‘What’.

Ini bermakna, anda perlu mengetahui sedikit sebanyak perkara yang menjadi asas pengetahuan anda sebelum anda bergelar seorang internet marketer. Perkara asas tersebut termasuklah asas penggunaan laman web carian seperti laman Google, Yahoo, domain, hosting, blog dan yang sewaktu dengannya.
Continue reading »
4 comments » | Sticky Notes
July 25th, 2008 — 7:36am
A young and pretty lady posted this on a popular forum:
Title: What should I do to marry a rich guy?
I’m going to be honest of what I’m going to say here. I’m 25 this year. I’m very pretty, have style and good taste. I wish to marry a guy with $500k annual salary or above. You might say that I’m greedy, but an annual salary of $1M is considered only as middle class in New York. My requirement is not high. Is there anyone in this forum who has an income of $500k annual salary? Are you all married? I wanted to ask: what should I do to marry rich persons like you? Among those I’ve dated, the richest is $250k annual income, and it seems that this is my upper limit. If someone is going to move into high cost residential area on the west of New York City Garden ( ? ) , $250k annual income is not enough.
I’m here humbly to ask a few questions:
- Where do most rich bachelors hang out? (Please list down the names and addresses of bars, restaurant, gym)
- Which age group should I target?
- Why most wives of the riches is only average-looking? I’ve met a few girls who doesn’t have looks and are not interesting, but they are able to marry rich guys
- How do you decide who can be your wife, and who can only be your girlfriend? (my target now is to get married)
Ms. Pretty
Continue reading »
Comment » | Discussion